Ketahui Rahsia Solat :

Jumaat, 3 Oktober 2014

5 TIP MEMBELI TELEFON BINBIT TERPAKAI ATAU SECONDHAND !

HANDPHONE 2 HAND

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Disini saya ingin berkongsikan beberapa tip untuk membeli telefon second hand. Tak kisah dari kedai atau dari penjual selain kedai. Supaya anda tidak ditipu di kemudian hari dan mengalami kerugian sekiranya bercadang dimasa akan datang untuk menjualnya semula.

1. Tujuan untuk membeli telefon itu untuk ape.

Kebanyakan pembeli telefon bimbit sekarang membeli adalah kerana ikut-ikutan kawan, tidak mahu kalah dengan orang lain, bergaya.., nampak gempak mengikuti setiap perkembangan keluaran terbaru wahal apa yang dia tahu cuma call dan sms sahaja. Hehehe., Jangan marah, saye cuma menceritakan berdasarkan pengalaman sahaja. :) Pastikan kehendak dan kegunaan kita untuk membeli telefon itu perlu atau tidak dengan kegunaan kita nanti. Sekiranya perlu baru kita pergi ke tip yang seterusnya.

2. Kenal pasti Model, Spec dan function telefon bimbit anda.

Senaraikan apa keperluan yang anda bakal guna dengan memiliki telefon tersebut. Contohnya, tak lain dan tak bukan Call dan SMS+MMS kalau diseketika dahulu. Sekarang kebanyakan orang dah menggunakan Whatapp untuk SMS dan MMS. Melayari internet membolehkan anda mendapat sebarang information terus daripadanya. Dari list yang anda telah buat tadi, anda akan lebih mudah untuk mengenal pasti atau memilih "Spec dan Model" telefon bimbit yang anda bakal beli.

3. Survey atau kaji harga pasaran telefon bimbit yang bakal dibeli.

Rajinkan tangan dan mulut untuk clik atau bertanya kepada tuan kedai atau blog,forum,google, atau selalunya saya biasa buat dengan melayari website di www.mudah.my. Anda akan tahu baget harga dan setkan tahap harga yang bakal beli. Disini anda tidak akan membuang masa atau keliru untuk membezakan telefon dan membeli sekiranya, penjual menawarkan harga tinggi atau rendah kerana anda telah setkan bagaimana telefon yang anda akan beli nanti.

4. Kenal pasti "condition atau keadaan" telefon tersebut dan "test" terlebih dahulu sebelum membelinya.

Setelah siap membuat keputusan untuk beli, buget dah tahu berapa, dan telah bersedia untuk membeli. Barulah anda boleh terus "deal" dengan penjual. Setelah anda dapat melihat sendiri telefon yang bakal anda beli. Kenal pasti keadaan telefon tersebut adakah masih elok rupa-parasnya, calar ke akibat tidak memakai cover, mungkin terkopek, mungkin screen pecah. Tanya dia masih ada warantty ke? Berapa lama? Berapa lama telah memakainya, Dah berape peringkat orang yang telah memakainya? Ape free gift kalo beli dengan dia.. :) mungkin dia berikan caseing terpakai, handfree, Screen proctator, usb cuble yang pernah dipakainya. Kebiasaan penjual handphone second hand akan memberi semua set yang dia ada untuk model telefon yang dijual itu. Setelah penat bertanyakan semua itu, dan berpuas hati baru test call handphone tersebut, test speker, test wifi dia, test Original ke tidak, ini adalah perkara paling penting. Bagai mana??? 



TELITI SEBELUM BELI




5. Cipta hubungan yang baik dengan penjual.

Seterunya, anda pon dah puas hati. Boleh lah anda membeli telefon tersebut. Sila ambil contact no./email/fb atau name kad penjual sekiranya apa-apa hal anda boleh menghubungi kembali beliau atau mungkin anda akan berurusan lagi dengan beliau kelak untuk pembelian handphone akan datang atau membawa rakan-rakan yang bakal membeli dengan beliau sekiranya beliau masih menjual telefon terpakai yang lain.

Ok, inilah sahaja 5 Tip sedikit sebanyak dapat saya kongsikan untuk anda yang bakal membeli telefon second hand. Harapan saya, tak perlulah anda bertukar-tukar telefon sekiranya tidak perlu. Tetapi saya faham dengan peredaran dunia semasa pada hari ini. Semakin bayak benda cangih yang muncul. Dengan itu, dah beli handphone tu..pakai sebaik dan sehabis yang mungkin...baru anda akan puas menggunakannya. Bagi yang tidak berkemampuan untuk memiliki handphone idaman, saya sarankan belilah sekadar handphone second hand yang jauh lebih murah dan mempuanyai kualiti yang sama. Cuma tidak baru dan kurang cantik sahaja. Saya yakin kepuasan penggunaannya tetap sama.

Sekian itu sahaja perkongsian saya kali ini. 

Wassalam... :)