Ceritanya gini, aku pakai kete wira a/b je.. :) al-kisah, dah lama perasan bila bukak bonet kereta ada nampak kat bawah sebelah kiri stereng rack dah bocor. Tapi sebelum ni minyak stering hanya kurang sikit2 je..just topup je selalu..ingatkan memang minyak stereng ni selalu habis. Kata pomen, kalo tiada kebocoran takkan kurang minyak power stereng. 2 minggu lepas aku nak keluar macam biasa hujung minggu dengan keluarga. Terperasan lah setiap kali nak pulas stereng je ada bunyi sukk..sukk..suukk..!!! macam benda haus je. try lah tengok kat bonet depan..chek2, semua ok..tengok kat stereng rack macam makin basah.
|
( Stereng Rack yang bocor itu ) |
Tergerak hati nak tengok minyak kat balang minyak stereng tu. Sekali tengok dah kering..patut laa ada bunyi geseran..macam minyak habis. Mungkin baru-baru nie aku balik kampung, time balik tu bayak hentakan berlaku kot..almaklum laa jalan kampung, dari kl ke terengganu. so mungkin makin rabak kebocoran stereng rack tu.
Setelah bace kat forum dan tanya pomen. Memang sah stereng rack aku bocor. Try tilik kat forum-forum dan blog2, ape nak buat...!!! Rata-rata cakap baik tukar seketul, ramai pomen2 pon cakap tukar seketul. Kalo tukar getak tak tahan lama katanya, lepas 3 bulan jadi balik bocor. tengok penggunaan masing2..!!! Kos dia pon ada yang cakap RM500, ada yang RM850 ada yang RM450 ada yang RM300. So aku pon pening gak lah. Untuk cara murah ramai kata beli kat kedai potong dan upah pasang je.
Petang tu jugak aku pegi kedai potong yang selalu aku deal untuk spare part kete kalo rosak sebelum ni. Dekat ngan rumah. Tanya rege stereng rack berape, Cina tu cakap ada barang cun..baru keluar dari evo 3,ke mitsubishi CK dia kate aku pon lupa,tapi yang penting ngam ngan wira kau tu je aku nak..hehehe.., Takde leking langsung..getah pon keras lagi. Aku tengok memang ok, dia kata biasa dia jual RM240++ kalo yang elok mcm nie. Sebab dia kenal aku katanya dia tolak RM200 je. Sebelum tu, aku dah servay gak kat www.Mudah.my memang harga lebih kurang tu lah dalam RM200-RM300. Aku cakap laa suruh simpan esok aku beli dan ambik nak pasang. Dia pon ok je lah, siap cakap nak cuci dulu baru jual kat aku. :)
|
( Info Harga Dari www.mudah.my ) |
Esok tu aku pon pegi lah kedai potong tu balik ambik stereng rack yang dijanjikan. Alhamdulilah, memang ok lah dia dah basuh cantik2 :)
|
( Stereng rack dri kedai potong RM200.00 ) |
Lepas tu pegi lah pasang kat bengkel kat 1 hari aku kat situ. Dari pukul 12.00am sampai 4.30pm. Mula-mula katanya dalam 2 jam je siap pasang. Aku tengok memang susah jugak abg2 pomen tu buat. :)
|
( Tengah proses nak pasang stereng rack di bengkel ) |
Lepas siap pasang, kata pomen tu kena buat aligment pulak..aku ingat dah takde ape dah. duit lagi..hadoi. so pegi lah buat, sebab selepas tukar stereng rack tu..bawak memang tak sedap. Goyang-goyang mcm bawak lori rasenya. tyre dia tak lurus.
|
( Aligment 2 bijik tyre depan pulak ) |
Lepas aligment baru lah settel semua nya...lega rasanya. tapi bayak jugak laa habis today, biasa lah asalnya stereng rack je. Lepas bukak di bengkel tadi terdapat plak skru bengkok lah..ganri skru pon RM20.00, 2 batang. Aligment pon RM15. pastu pomen tyre cakap camber nak kena ejas plak tambah lagi RM15.00 sebelah so 2 belah RM30. Total kos aligment RM30 + RM15 = RM45.00.
|
( Total kos semua RM345.00 ) |
Settel semua hal untuk Stereng rack.. aku ni. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu kepada sesiapa yang tidak tahu sebab dan kos kerosakan kereta korang mengenai "Stereng Rack".
Sekian, Terima kasih kerana membaca.. :)