Ketahui Rahsia Solat :

Khamis, 18 Disember 2014

Tukar Absorber mitsubishi atau EVO 3 belakang kiri kanan kerana bocor untuk wira a/b

Assalamualaikum, baru tadi je tukar absorber mitsubishi lancer atau evo 3 kata tuan kedai halfcut tu.

Ceritanya begini, dah dekat 1 tahun aku pakai kereta senget. Kereta aku senget disebabkan absorber sebelah kiri bahagian belakang telah bocor. Ini diberitahu oleh beberapa pomen yang telah aku tanya sebelum ini. Sebab bocor mungkin aku bawak barang terlalu berat kot. Tanda-tanda kebocorang absorber kereta aku time bawak bergoyang-goyang bila bawak laju dan lalu jalan yang beralon. Lebih-lebih lagi bila aku tengok jarak fander dengan tyre dekat dan rapat. sedangkan sebelah lagi ada jarak.

Dah jadi gini aku usyar lah kat Mudah.my ada tak sape2 jual absorber. Alhamdulilah ada laa bengkel hulfcut kat balakong yang nak clear stok jual murah.

Absorber Lancer nak Clear Stok
Try whatapp tanya nak belakang sahaja. Alhamdulilah dia tolak murah sangat 2 batang absorber kiri kanan RM100.00 je. Aku tanya lagi siap pasang berape plak...tak sangka plak tuah dikaki harini dia cakap siap pasang RM120.00 je dah. Lega gila aku dengar..so terus deal lah..hehehe...biasa laa ekonomi ngah gawat nie...aku sentiasa memilih harga termurah. Ada beberapa halfcut lain aku pegi, rata-rata nak RM70.00 - RM90.00 sebijik absorber.

Ni lah kedai nya, SAHABAT GARAGE & AUTOPARTS (No.22A, Jalan 2/2A, Taman Perindusterian Selesa Jaya, Seri Kembangan, Selangor)
Kedai bro melayu...ramai gak org keluar masuk kedai ni time aku kat situ tadi.

Nie dia absorber lancer, Setelah penat aku pilih-pilih, yang hasil aku berkenan
Sebelum nie aku nye absorber dah pakai mitsubishi dari halfcut jugak. Ape boleh buat, pakai beberape tahun bocor pulak. Sebelum nie aku pakai absorber 9 Gelung spring dia. Kali nie aku ambik 10 gelung, sebab memang niat nak yang keras dan tinggi sikit.

Ini hasilnya setelah pasang..ray, kemas dan ketinggian yang aku harap-harapkan :-)
Amacam ok tak? Hehehe...kereta buruk macam nie laaa kalo nak jimat...!!! Pakai barang 2hand je laa :) ape pun aku terasa puas hati sangat..bawak balik, kereta dah tinggi macam bawak kereta baru je :) macam bawak Evo 10 pon ada...hahaha..jangan marah gurau petang-petang :-)

Nie dia resit RM120.00 absorber belakang 2 bijik siap pasang
Nak balik tu sempat aku mintak Name Card, Kepada sesiapa yang berminat nak berurusan dengan tuan kedai. Bukan nak promote cuma nak bagi tahu kepada sesiapa yang berminat nak jimat macam aku. Barang kat kedai dia ni bukan absorber sahaja ada. Macam-macam lagi....engine,bodypart,spairpart hulfcut ada lah.. :-)

Aku deal dengan Mansur dia punya Supervisor
Ok lah sampai sini saja perkongsian kali ini. Ada lagi barang-barang rosak kete aku nanti aku update lagi. Kang balik nak pegi buat Aligment tyre pulak..kang makan tepi plak tyre walau pomen cakap takpayah buat. Risau lah aku sebab pernah dulu-dulu tukar absorber tak buat aligment, pastu tyre aku botak tepi...tyre baru lagi tapi tak tahan lama.

Ok, Sekian terima kasih...and "Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..." :-)

2 ulasan:

  1. Salam tuan, kalau absorber evo nie boleh ke masuk ke proton satria?...tengah mencari2 jugak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan...dulu time saya bawak satria pon pakai absober nie..memang best hehehe

      Padam