Ketahui Rahsia Solat :

Jumaat, 20 Mac 2015

Jom Jimat dengan Android Box TV 2016 / 2017 / 2018 / 2019 / 2020 & 2021

Android Box TV 2016 / 2017 / 2018 / 2019 & 2020

Interface Android Box TV kat TV Rumah
Android Box TV


Android Box TV ini digunakan untuk tengok chanel tv selain dari TV di malaysia. Android Box TV sama macam handphone android anda cuma ia berbentuk Decoder dan dipaparkan ke TV rumah anda menjadikan TV anda sebagai Smart TV. Cuma tidak boleh call&SMS sahaja.

1 Set Android Box TV
Pakej 1 set Android Box TV:

- Decoder + 2 Build-in Wifi Antenna
- Power Adaptor
- HDMI Cuble
- Remote Control
- Box
Spec Android Box TV
Spec Android Box TV :

- Android Kitkat 4.4.2
- Quad Core 1.5Ghz CPU
- Internal Memory 2GB
- 2 USB Port
- Build-in Wifi Antenna & Strengthen signal port left
- 3 Port 3 colour wire (untuk TV lama)

Kelebihan Android Box TV :

1.  Jadikan tv anda SMART TV BOLEH,FB,WHATSAPP,GAME,GMAIL,EMAIL,Semua app playstore boleh install.
2.   Boleh guna mouse+keyboard.
3.   Channel ada 170++
4.   Tiade gangguan CUACA.
5.   WIFI connection tersedia (boleh trus connect guna wifi).
6.   Tak perlu piring Xstro PUN.
7.   Pemasangan mudah SANGAT!!!
8.   Boleh cucuk pandrive tengok movie, dengar MP3 atau tengok Gambar.
9.   Boleh buat hotsport wifi.
10. Boleh tengok banyak chanel free App download dari playstore.


Syarat-syarat yang perlu ada :

1. Wajib menggunakan Internet unlimited (2 Mbps) ke atas....
2. Contoh Telco seperti : UNIFI, STREAMYX, CELCOM UNLIMITED, MAXIS HOME FIBRE..dll.

Dapatkan Pakej dari kami menggunakan Akaun APK, App HDTV pada android box ini tengok Full

Channel App HDTV dan My IPTV


Channel App HDTV
Chanel xstro dan melebihi 170 Chanel dari 5 negara :

- Miyamar
- Indonesia
- Thailand
- Singapore dan
- Malaysia.

Cara bayaran langganan :

Pakej langanan Akaun APK ada 3bulan,ada 6bulan dan 12bulan seperti topup handpohon atau tiket untuk langganan menonton.

* Dapatkan langanan percuma selama 1 bulan dengan pembelian Decoder Android Box TV ini bagi 10 pelangan terawal.

Whatsapp  : >>> CLICK DI SINI <<<
Whatsapp  : >>> CLICK DI SINI <<<
Whatsapp  : >>> CLICK DI SINI <<<

COD Area : Kajang,Putrajaya,Bangi,Cheras,KL & Selangor.

Rujuk detail kat FB tipe --->>> Jom Jimat

android box , android box tv , android box review , android box kodi , android box malaysia , android box best buy , android box quad core , iptv malaysia , iptv murah , myiptv 2016 , langganan murah iptv , hdtv , hdtv 2016 , hdtv malaysia , HaoHD Malaysia , iptv box malaysia , iptv malaysia , android box kodi , android box iptv , android box setup , android box review , best android box for kodi , android tv box , android tv box channels , android tv box channels list , android tv box channels list 2016 , how does android tv box work ,langganan iptv , langgan hdtv ,langananan stabil , langanan myiptv , lebih dari 100 channel , banyak chanel astro bayar murah , berjimat dengan androidbox tv , unifi boleh tonton iptv , maxis fiber boleh tonton iptv murah , iptv ada best dan first , minimum 10 mbps ke atas #

Sabtu, 7 Februari 2015

Internet Free untuk pengguna “Prepaid Maxis”

HOTLINK (Free Internet Prepaid Plan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kat sini nak cerita sedikit perkongsian dan penjimatan yang telah aku rasai sejak tahun 2014. Agak ketara penjimatan bagi sesiapa yang suka menggunakan Msj/SMS dan Whatsapp… macam aku ni. J

Contoh Chat Apps
Sebelum ini aku akan menggunakan SMS biasa 1sen dengan orang rumah setelah aktifkan (aktif 10). Korang misti tahu kan…!!! Bertahun jugak guna SMS 1 sen ni je setiap kali hantar. Lepastu wujud aplikasi “WHATSAPP” pulak… so memang pakai fon canggih, aku guna laa jugak sebab senang boleh send2 gambar,ada group2,dan macam2 lagi mudahnye pakai whatsapp ni..tapi on/off laa aku pakai sebab ketika itu hanya pakai ketika ada wifi free je.

Al-kisah, korang misti tak sabar dah nak tahu bagai mana aku menggunakan internet free untuk ber chating melalui online seperti whatsapp kan…??? J

Ok lah, aku cerita sekarang.. aku tahu ramai yang dah tahu cara ini…so aku khaskan kepada sesiapa yang tak tahu je lah ye..kalo yang dah tahu..boleh bagi tahu pada yang tak tahu macam aku sebelum ni. Sebab mereka juga nak jimat hehehe…sama2 lah kita kongsi ye..!!! 

Cara menukar Plan dan keteranganya
Cara ini tidak lah haram, dan memang plan ini di buat khas dari maxis untuk pelanggan setia yang menggunakan line mereka. Cuma ramai yang tak tahu wujudnya plan ini..!!!

Follow cara ini :

1) Korang dail  *108*25# dan tekan call

2) Lepastu dia akan keluar arahan untuk tukar plan

3) Just follow je cara untuk tukar plan itu

4) Selepas Berjaya, Maxis akan hantar beberape SMS kef on anda yang menyatakan telah Berjaya dan mendapat Free Basic Internet

5) Lepas tu ape lagi..leh la guna internet tanpa had kat fon anda ye..cuma tak laa laju macam berbayar..hehehe..!!!


*Maxis akan tolak credit anda sebanyak RM5.00 je setelah Berjaya.


Chek baki selalu setelah menggunakan internet, takot maxis tolak duit selain RM5.00 tu. Kalau berkurang, cara yang anda buat tidak Berjaya..cuba lagi sampai berjaya. Insyallah kalau anda follow dengan betul..pemohonan anda akan Berjaya..mudah je.. J

Link from Maxis : --->>> Step tukar Plan pada Web Maxis

Khamis, 18 Disember 2014

Tukar Absorber mitsubishi atau EVO 3 belakang kiri kanan kerana bocor untuk wira a/b

Assalamualaikum, baru tadi je tukar absorber mitsubishi lancer atau evo 3 kata tuan kedai halfcut tu.

Ceritanya begini, dah dekat 1 tahun aku pakai kereta senget. Kereta aku senget disebabkan absorber sebelah kiri bahagian belakang telah bocor. Ini diberitahu oleh beberapa pomen yang telah aku tanya sebelum ini. Sebab bocor mungkin aku bawak barang terlalu berat kot. Tanda-tanda kebocorang absorber kereta aku time bawak bergoyang-goyang bila bawak laju dan lalu jalan yang beralon. Lebih-lebih lagi bila aku tengok jarak fander dengan tyre dekat dan rapat. sedangkan sebelah lagi ada jarak.

Dah jadi gini aku usyar lah kat Mudah.my ada tak sape2 jual absorber. Alhamdulilah ada laa bengkel hulfcut kat balakong yang nak clear stok jual murah.

Absorber Lancer nak Clear Stok
Try whatapp tanya nak belakang sahaja. Alhamdulilah dia tolak murah sangat 2 batang absorber kiri kanan RM100.00 je. Aku tanya lagi siap pasang berape plak...tak sangka plak tuah dikaki harini dia cakap siap pasang RM120.00 je dah. Lega gila aku dengar..so terus deal lah..hehehe...biasa laa ekonomi ngah gawat nie...aku sentiasa memilih harga termurah. Ada beberapa halfcut lain aku pegi, rata-rata nak RM70.00 - RM90.00 sebijik absorber.

Ni lah kedai nya, SAHABAT GARAGE & AUTOPARTS (No.22A, Jalan 2/2A, Taman Perindusterian Selesa Jaya, Seri Kembangan, Selangor)
Kedai bro melayu...ramai gak org keluar masuk kedai ni time aku kat situ tadi.

Nie dia absorber lancer, Setelah penat aku pilih-pilih, yang hasil aku berkenan
Sebelum nie aku nye absorber dah pakai mitsubishi dari halfcut jugak. Ape boleh buat, pakai beberape tahun bocor pulak. Sebelum nie aku pakai absorber 9 Gelung spring dia. Kali nie aku ambik 10 gelung, sebab memang niat nak yang keras dan tinggi sikit.

Ini hasilnya setelah pasang..ray, kemas dan ketinggian yang aku harap-harapkan :-)
Amacam ok tak? Hehehe...kereta buruk macam nie laaa kalo nak jimat...!!! Pakai barang 2hand je laa :) ape pun aku terasa puas hati sangat..bawak balik, kereta dah tinggi macam bawak kereta baru je :) macam bawak Evo 10 pon ada...hahaha..jangan marah gurau petang-petang :-)

Nie dia resit RM120.00 absorber belakang 2 bijik siap pasang
Nak balik tu sempat aku mintak Name Card, Kepada sesiapa yang berminat nak berurusan dengan tuan kedai. Bukan nak promote cuma nak bagi tahu kepada sesiapa yang berminat nak jimat macam aku. Barang kat kedai dia ni bukan absorber sahaja ada. Macam-macam lagi....engine,bodypart,spairpart hulfcut ada lah.. :-)

Aku deal dengan Mansur dia punya Supervisor
Ok lah sampai sini saja perkongsian kali ini. Ada lagi barang-barang rosak kete aku nanti aku update lagi. Kang balik nak pegi buat Aligment tyre pulak..kang makan tepi plak tyre walau pomen cakap takpayah buat. Risau lah aku sebab pernah dulu-dulu tukar absorber tak buat aligment, pastu tyre aku botak tepi...tyre baru lagi tapi tak tahan lama.

Ok, Sekian terima kasih...and "Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..." :-)

Khamis, 4 Disember 2014

Tanda-tanda steering rack bocor dan kos tukar untuk proton wira

Ceritanya gini, aku pakai kete wira a/b je.. :) al-kisah, dah lama perasan bila bukak bonet kereta ada nampak kat bawah sebelah kiri stereng rack dah bocor. Tapi sebelum ni minyak stering hanya kurang sikit2 je..just topup je selalu..ingatkan memang minyak stereng ni selalu habis. Kata pomen, kalo tiada kebocoran takkan kurang minyak power stereng. 2 minggu lepas aku nak keluar macam biasa hujung minggu dengan keluarga. Terperasan lah setiap kali nak pulas stereng je ada bunyi sukk..sukk..suukk..!!! macam benda haus je. try lah tengok kat bonet depan..chek2, semua ok..tengok kat stereng rack macam makin basah. 

( Stereng Rack yang bocor itu )
Tergerak hati nak tengok minyak kat balang minyak stereng tu. Sekali tengok dah kering..patut laa ada bunyi geseran..macam minyak habis. Mungkin baru-baru nie aku balik kampung, time balik tu bayak hentakan berlaku kot..almaklum laa jalan kampung, dari kl ke terengganu. so mungkin makin rabak kebocoran stereng rack tu. 

Setelah bace kat forum dan tanya pomen. Memang sah stereng rack aku bocor. Try tilik kat forum-forum dan blog2, ape nak buat...!!! Rata-rata cakap baik tukar seketul, ramai pomen2 pon cakap tukar seketul. Kalo tukar getak tak tahan lama katanya, lepas 3 bulan jadi balik bocor. tengok penggunaan masing2..!!! Kos dia pon ada yang cakap RM500, ada yang RM850 ada yang RM450 ada yang RM300. So aku pon pening gak lah. Untuk cara murah ramai kata beli kat kedai potong dan upah pasang je.

Petang tu jugak aku pegi kedai potong yang selalu aku deal untuk spare part kete kalo rosak sebelum ni. Dekat ngan rumah. Tanya rege stereng rack berape, Cina tu cakap ada barang cun..baru keluar dari evo 3,ke mitsubishi CK dia kate aku pon lupa,tapi yang penting ngam ngan wira kau tu je aku nak..hehehe.., Takde leking langsung..getah pon keras lagi. Aku tengok memang ok, dia kata biasa dia jual RM240++ kalo yang elok mcm nie. Sebab dia kenal aku katanya dia tolak RM200 je. Sebelum tu, aku dah servay gak kat www.Mudah.my memang harga lebih kurang tu lah dalam RM200-RM300. Aku cakap laa suruh simpan esok aku beli dan ambik nak pasang. Dia pon ok je lah, siap cakap nak cuci dulu baru jual kat aku. :)

( Info Harga Dari www.mudah.my )
Esok tu aku pon pegi lah kedai potong tu balik ambik stereng rack yang dijanjikan. Alhamdulilah, memang ok lah dia dah basuh cantik2 :)


( Stereng rack dri kedai potong RM200.00 )
Lepas tu pegi lah pasang kat bengkel kat 1 hari aku kat situ. Dari pukul 12.00am sampai 4.30pm. Mula-mula katanya dalam 2 jam je siap pasang. Aku tengok memang susah jugak abg2 pomen tu buat. :)

( Tengah proses nak pasang stereng rack di bengkel )
Lepas siap pasang, kata pomen tu kena buat aligment pulak..aku ingat dah takde ape dah. duit lagi..hadoi. so pegi lah buat, sebab selepas tukar stereng rack tu..bawak memang tak sedap. Goyang-goyang mcm bawak lori rasenya. tyre dia tak lurus.

( Aligment 2 bijik tyre depan pulak )

Lepas aligment baru lah settel semua nya...lega rasanya. tapi bayak jugak laa habis today, biasa lah asalnya stereng rack je. Lepas bukak di bengkel tadi terdapat plak skru bengkok lah..ganri skru pon RM20.00, 2 batang. Aligment pon RM15. pastu pomen tyre cakap camber nak kena ejas plak tambah lagi RM15.00 sebelah so 2 belah RM30. Total kos aligment RM30 + RM15 = RM45.00.

( Total kos semua RM345.00 )
Settel semua hal untuk Stereng rack.. aku ni. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu kepada sesiapa yang tidak tahu sebab dan kos kerosakan kereta korang mengenai "Stereng Rack".

Sekian, Terima kasih kerana membaca.. :)

Jumaat, 3 Oktober 2014

5 TIP MEMBELI TELEFON BINBIT TERPAKAI ATAU SECONDHAND !

HANDPHONE 2 HAND

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Disini saya ingin berkongsikan beberapa tip untuk membeli telefon second hand. Tak kisah dari kedai atau dari penjual selain kedai. Supaya anda tidak ditipu di kemudian hari dan mengalami kerugian sekiranya bercadang dimasa akan datang untuk menjualnya semula.

1. Tujuan untuk membeli telefon itu untuk ape.

Kebanyakan pembeli telefon bimbit sekarang membeli adalah kerana ikut-ikutan kawan, tidak mahu kalah dengan orang lain, bergaya.., nampak gempak mengikuti setiap perkembangan keluaran terbaru wahal apa yang dia tahu cuma call dan sms sahaja. Hehehe., Jangan marah, saye cuma menceritakan berdasarkan pengalaman sahaja. :) Pastikan kehendak dan kegunaan kita untuk membeli telefon itu perlu atau tidak dengan kegunaan kita nanti. Sekiranya perlu baru kita pergi ke tip yang seterusnya.

2. Kenal pasti Model, Spec dan function telefon bimbit anda.

Senaraikan apa keperluan yang anda bakal guna dengan memiliki telefon tersebut. Contohnya, tak lain dan tak bukan Call dan SMS+MMS kalau diseketika dahulu. Sekarang kebanyakan orang dah menggunakan Whatapp untuk SMS dan MMS. Melayari internet membolehkan anda mendapat sebarang information terus daripadanya. Dari list yang anda telah buat tadi, anda akan lebih mudah untuk mengenal pasti atau memilih "Spec dan Model" telefon bimbit yang anda bakal beli.

3. Survey atau kaji harga pasaran telefon bimbit yang bakal dibeli.

Rajinkan tangan dan mulut untuk clik atau bertanya kepada tuan kedai atau blog,forum,google, atau selalunya saya biasa buat dengan melayari website di www.mudah.my. Anda akan tahu baget harga dan setkan tahap harga yang bakal beli. Disini anda tidak akan membuang masa atau keliru untuk membezakan telefon dan membeli sekiranya, penjual menawarkan harga tinggi atau rendah kerana anda telah setkan bagaimana telefon yang anda akan beli nanti.

4. Kenal pasti "condition atau keadaan" telefon tersebut dan "test" terlebih dahulu sebelum membelinya.

Setelah siap membuat keputusan untuk beli, buget dah tahu berapa, dan telah bersedia untuk membeli. Barulah anda boleh terus "deal" dengan penjual. Setelah anda dapat melihat sendiri telefon yang bakal anda beli. Kenal pasti keadaan telefon tersebut adakah masih elok rupa-parasnya, calar ke akibat tidak memakai cover, mungkin terkopek, mungkin screen pecah. Tanya dia masih ada warantty ke? Berapa lama? Berapa lama telah memakainya, Dah berape peringkat orang yang telah memakainya? Ape free gift kalo beli dengan dia.. :) mungkin dia berikan caseing terpakai, handfree, Screen proctator, usb cuble yang pernah dipakainya. Kebiasaan penjual handphone second hand akan memberi semua set yang dia ada untuk model telefon yang dijual itu. Setelah penat bertanyakan semua itu, dan berpuas hati baru test call handphone tersebut, test speker, test wifi dia, test Original ke tidak, ini adalah perkara paling penting. Bagai mana??? 



TELITI SEBELUM BELI




5. Cipta hubungan yang baik dengan penjual.

Seterunya, anda pon dah puas hati. Boleh lah anda membeli telefon tersebut. Sila ambil contact no./email/fb atau name kad penjual sekiranya apa-apa hal anda boleh menghubungi kembali beliau atau mungkin anda akan berurusan lagi dengan beliau kelak untuk pembelian handphone akan datang atau membawa rakan-rakan yang bakal membeli dengan beliau sekiranya beliau masih menjual telefon terpakai yang lain.

Ok, inilah sahaja 5 Tip sedikit sebanyak dapat saya kongsikan untuk anda yang bakal membeli telefon second hand. Harapan saya, tak perlulah anda bertukar-tukar telefon sekiranya tidak perlu. Tetapi saya faham dengan peredaran dunia semasa pada hari ini. Semakin bayak benda cangih yang muncul. Dengan itu, dah beli handphone tu..pakai sebaik dan sehabis yang mungkin...baru anda akan puas menggunakannya. Bagi yang tidak berkemampuan untuk memiliki handphone idaman, saya sarankan belilah sekadar handphone second hand yang jauh lebih murah dan mempuanyai kualiti yang sama. Cuma tidak baru dan kurang cantik sahaja. Saya yakin kepuasan penggunaannya tetap sama.

Sekian itu sahaja perkongsian saya kali ini. 

Wassalam... :)


Ahad, 17 Ogos 2014

Kenali telefon binbit anda, Original atau Tidak Original ?



Ikut langkah-langkah seperti di bawah ini :

1. Taip *#06# pada handphone anda
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang original atau tidak, check kod di bawah:-

• 02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
• 08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
• 01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
• 00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
• 13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH



* Jom check handphone anda, moga-moga original.